BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Tuesday, May 31, 2011

sYaRat UnTuk BaHagiA...

untuk bertemu dengan orang tang tepat,kamu harus memainkan peranan yang penting. ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalinkan. jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia..

CINTAILAH DIRI KAMU SENDIRI SEBELUM KAMU MENCINTAI ORANG LAIN
kebanyakkan daripada kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. inilah kesilapan yang paling besar. andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

PUNYA PENDIRIAN YANG TETAP
seseorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayayangi. inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang akan menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

BAHAGUKAN HIDUP KAMU DENGAN HAL-HAL YANG LAIN
paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibeina terputus di tengan jalan. jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahgikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

BERKORBAN BIARLAH BERPADA-PADA
ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. jangan telalu meletakkan diri kamu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

hafizahanuar
01jun2011
12:40pm

Monday, May 30, 2011

perlukah si ibu menjadi BFF kamu???

haruskah si ibu menjadi sahabat sejatimu untuk selamanya?
persoalan ini terpulang kepada cara bagaimana kamu
 mengenal pasti apa erti sebenar persahabatan itu.
 jika kamu menganggap bahawa seorang sahabat sebagai :

1.individu yang sentiasa berada disisi kamu disaat suka mahupun duka.
2.individu yang sentiasa setia memberi nasihat dan pandangan buat dirimu.
3.seseorang yang boleh menangis bersama-sama.

nyata kriteria itu melambangkan betapa akrabnya hubungan yang harus terjalin antara kamua dengan individu yang layak digelar sahabat itu. kita bukan mengupas tentang rakan sosial yang sama-sama ketawa dan berbual mengenai teman lelaki atau kelompok rakan yang gemar bergosip mengenai rakan-rakan popular di kolej/sekolah. erti persahabatan adalah lebih dari itu! pelbagai cara boleh mewujudkan asas kekuatan kepada sesebuah hubungan jangka masa ialah individu yang sentiasa berada disisi kita tak kira walau dalam apa jua keadaan. nyata kenyataan ini sangat betepatan buat ibu tersayang. ibu santiasa berada disisi kita. malah dia mula brerada disisi kita sejak diri kita dilahirkan ke dunia ini. ibu juga adalah individu yang paling kuat menyokong kamu walau dalam apa jua keadaan.

PERUBAHAN
bertukar sekolah, berpindah ataupun perubahan status (bujang/berkahwin) nyata boleh mempengaruhi sesebuah hubungan persahabatab yang sedia terjalin. setiap insan melalui proses perubahan didalam kehidupan masing-masing. malah, mereka juga tidak hanya statik dalam satu hubungan persahabatan sahaja kerana kita semua melalui proses kedewasaan. disinilah peranan ibu sebagai sahabat sejati kita kian kelihatan lebih menyerlah dan boleh dilabelkan sebagai 'bekekalan'bebanding persahabatan yang terjalin dengan individi luar.

TEBAIK
ibu sentiasa inginkan yang terbaik buat si anaknya. malahan, ibu juga lebih dahulu makan garam dan lebih berpengalaman dalam selok-belok kehidupan ini. lantaran itu, si ibu tahu apakah pilihan yang terbaik buat si anak. mungkin sikap si ibu itu kamu rasakan seakan-akan terlalu mengongkong. tetapi percayalah, ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya hidup senang dan bahagia. jika ingin hidup kita diberkati, sentiasalah mendahulukan kedua-dua ibu bapa kita. malahan doa yang keluar daripada mulut si ibu juga, sangat membantu dalam menjamin kesempurnaan kehidupan seorang anak. kenyataan ini nyata bukan mudah untuk mengakui tentang hal ini, namun ada kalanya kamu sukar untuk mengikut setiap nasihat mahupun pandangan yang diberikan oleh si ibu. kerana salah faham ada kalanya kita sanggup 'perang dingin' dengan si ibu. walau bagaimanapun, apabila kehadiran si ibu benar-benar diharapkan dan sia anak mula melupakan 'perang dingin' yang melanda antara dirinya dengan si ibu sudah  tentu satu perasaan sayang sangat mendalam akan silih berganti dengan perasaan dingin itu.

bagi si ibu yang banyak pengalaman sudah tentu situasi sebegini dapat ditanganinya dengan tenang dan penuh kesabaran. si ibu lebih rela membiarkan si anak terus memaksa, berleter atau melayan perasaan marah si anak itu. dalam masa yang sama, si ibu memberi ruang kepada si anak untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. itulah kekuatan dan kelebihan hubungan persahabatan yang terjalin antara si ibu dan juga si anak.

sebagai seorang sahabat sejati, individu akan sentiasa berada dekat dengan perasaan kamu malah lebih akrab dan hampir berbanding orang-orang lain di sekeliling kamu. bermula dari hari pertama, si ibu manitiskan air mata kegembiraan kerana menyambut kehadiran kerana menyambut kehadiran kamu di dalam hidupnya. di sinilah bermulanya sebuah kehidupan yang baharui buat si ibu bersama-sama anaknya yang tersayang. perasaan sedih dan gembira ini jugalah yang akan mewarnai kehidupan si ibu sepanjang proses kehidupanmu menuju dunia kedewasaan. apa yang pasti, air mata yang jatuh di pipi seorang ibu itu nyata terlalu besar nilainya.

adakah kamu merasakan bahawa masih ada orang lain yang berhak memegang 'status' sahabat sejati dalam kehidupanmu selain daripada ibu? fikirlah! siapakah insan yang masih setia dan tidak jemu-jemu menyokong setiap tindakan kamu sehingga ke hari ini? siapakah yang setia brada disisi kamu walau dalam apa jua keadaan? siapakah yang setia memberitah kamu apa pekara yang patut kamu lakukan dan sebaliknya? dan siapakah yang akan menangis bersama-sama dengan kamu si saat-saat kamu berada dalam kedukaan mahupun kegembiraan? nyata ibulah sahabat sejati yang patut kamu miliki. dampingilah ibumu selagi ibu masih ada di sisi kamu hari ini...

ini adalah bondaku yang amat dicintai...
mama i love u so much....

hafizahanuar91
31may11
11:54am

Tuesday, May 31, 2011

sYaRat UnTuk BaHagiA...

Posted by hafizah anuar at 9:40 PM

Posted by hafizah anuar at 8:52 PM