Di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang 9 cara bagaimana nak ubati kekecewaan.Banyak lagi cara yang dapat kita lakukan tapi cukuplah sekadar 9 cara ini...yang mana 9-9 ini pun belum tentu kita amalkan...huhu
1) TERIMA KENYATAAN APA YANG BERLAKU DENGAN REDHA
-qada dan qadar ALLAH tiada siapa boleh menghalang.. apatah lagi kita sebagai manusia.. menerima apa yang berlaku, redha dengan kejadiannya adalah perkara yang mudah bagi mengubati hati yang kecewa. Saya tahu, bercakap supaya redha memang senag tetapi yang nak menanggungnya memang payah bukan??? Saya telah melalui semua ini... memang sukar menerima sesuatu kenyataan yang kita tidak jangka ianya akan berlaku.Dan apabila ia berlaku, bertapa kecewanya hati... betapa merananya diri...sakit sangat2..tapi apa daya saya nak halang semua tu dari berlaku... lama saya berfikir...dan akhirnya... REDHA dan TERIMA kenyataan tersebut adalah jalan yang terbaik... Alhamdulillah....
2) BERFIKIR HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN TERSEBUT
-Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.Ini dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita contohnya,kejadian siang.setelah tamatnya siang akan berlakunya malam, setelah sakit akan datangnya sembuh,dan...setelah derita pasti akan datangnya bahagia.
3) LUAHKAN APA YANG TERPENDAM KEPADA ORANG YANG DIPERCAYAI
-Luahkanlah... kerna dengan luahan dapat meringankan apa yang tertanggung di dalam hati kita. Luahkan apa yang tersirat di dalam hati kepada orang yang rapat dengan kita contohnya sahabat baik malah paling afdal luahkanlah dengan ibu yang melahirkan kita kerna setiap pendapat dan dorongan dari insan yang bergelar ibu 1000x berkat. Selain luahkan dari segi verbal, gunalah medium lain seperti meluahkannya dalam nukilan sajak,puisi mahupun di dalam diari.. menyimpan luka di dalam hati jika melebihi had nya takut suatu hari nanti boleh memakan diri kita sendiri....
4) BERILAH TUMPUAN PADA HIDUP ANDA.RANCANG MASA DEPAN.
-Yang berlaku telah pun berlaku.Jangan sesekali toleh ke belakang lagi.. pandanglah kehadapan kerna yang di belakang tadi adalah kenangan dan yang di hadapan itu ialah kenyataan. Berilah peluang untuk diri anda mencapai kejayaan.Rancang masa depan anda.. fikir apa akan berlaku pada diri anda 5 atau 10 tahun lagi..usah bersedih lagi kerna ia tidak mendatangkan kebaikan pada anda kerna ia lebih banyak memberikan keburukan..
5) LAKUKAN AKTIVITI YANG MENGEMBIRAKAN ANDA
-Ambillah masa bersama rakan-rakan.. bergembiralah... lupakan kesedihan..ingat tiada guna anda bersedih mengenangkan apa yang telah berlaku.Usah biarkan anda terjerat dalam air mata anda sendiri...air mata hanya layak mengalir untuk orang yang pandai menhargai kita dan bukan yang telah mengecewakan kita...Lakukanlah aktiviti kegemaran kamu yang dahulunya anda tidak dapat melakukannya bersama rakan-rakan... tetapi ingat...jangan kerana hendak melupakan kesedihan dan kekecewaan kamu tadi kamu melanggar balas-batas kamu sebagai seorang muslim..
6) BERCUTI UNTUK TENANGKAN FIKIRAN
-Bercuti yang saya maksudkan disini bukanlah pergi ke luar negara untuk menenangkan fikiran(lau anda mampu apa salahnya) tetapi memadailah sekadar pulang ke kampung menemui keluarga dan melayan kerenah anak-anak buah yang pelbagai jenis dapat juga menenangkan fikiran kan?? setidaknya pun pergilah ke pantai mahupun melihan kehijauan alam semester ciptaan ALLAH ini...INSYA ALLAH... fikiran anda pasti tenang..
7) ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN AGAR ANDA RASA DI HARGAI
-Mungkin ada di antara kita sebelum ini tidak rapat dengan ahli keluarga dek kebahagiaan sementara yang anda rasa.. dan inilah sebabnya anda terasa kosong dan sedih mengenangkan kekecewaan anda ini. Tidak salah kiranya anda mulai merapatkan kembali ikatan kekeluargaan tersebut.. bawalah anak-anak buanh anda bersiar-siar, belilah sedikit hadiah untuk adik-adik anda pas seronok melihat anda di peluk dan di cium oleh keluarga sendiri bukan???? cubalah.... jika anda tidak mempercayainya...huhu
8) BERUSAHALAH MENJADI LEBIH BAIK DAN MENCAPAI KEJAYAAN
-Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik..dan bukan mudah mencapai kejayaan... berusahalah... berusaha di samping di iringi doa pasti kejayaan menjadi milik anda... percayalah...
9) BERDOA KEPADA ALLAH AGAR ANDA MENJADI INSAN CEMERLANG DAN BAHAGIA
-Kecemerlangan,kebahagiaan,kecantikan.kekayaan, bukan semuanya milik kita..kita tiada hak untuk semua itu... semua itu milik abadi ALLAH... DIA hanya meminjamnya sekejap sahaja kepada kita.Jangan sesekali mengabaikanNYA...jangan sesekali melupakanNYA hanya kerana kita mendapat apa yang telah kita impikan...cuba fikir... bagaimana jika DIA menarik balik nikmatNYA itu...masa tu nanti barulah terhegeh-hegeh berdoa minta di kembalikan bukan??? berdoalah pada dia di saat kita senang supaya apabila kita susah kelak, dia tahu itu kita dan INSYAALAH.... Doa kita di perkenankan...kerna ALLAH 'malu' menolak doa hambaNYA yang tidak pernah lupakanNYA....
Semoga dengan 9 tips di atas dapat kita laksanakan di dalam kehidupan kita... bukan apabila kita kecewa nanti baru nak amalkan... tetapi segeralah amalkan agar kita tidak terlalu kecewa kelak...Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita... amin....
(fhafizahanuarscorpio91)
27/10/10
09:14am